suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penat masak makanan bayi sambil dukung anak, isteri kecewa suami campur dengan lauk mentah!

Memasak dan mengemas rumah sambil mendukung anak bukanlah tugas yang mudah. -Gambar hiasan AI

MENGURUSKAN anak kecil sambil menyiapkan makanan mereka memang bukan kerja mudah, apatah lagi terpaksa melayan ragam dan tantrum yang datang tiba-tiba.

Lebih melelahkan apabila si ibu terpaksa menyelesaikan pelbagai urusan lain serentak.

Dalam keadaan kelam-kabut itu, bantuan suami pasti sangat diharapkan bagi meringankan beban menguruskan rumah tangga bersama anak kecil.

Bagaimanapun, tindakan yang dibuat tanpa memahami rutin di rumah boleh menambah rasa penat dan terkilan golongan isteri seperti dialami wanita ini.

Suami perlu memainkan peranan penting dalam menguruskan anak dan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

Suami perlu memainkan peranan penting dalam menguruskan anak dan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

Meluahkan situasi yang dialami, ujarnya, dia berasa terkilan dan kecewa apabila mendapati suaminya menyimpan makanan bayi yang sudah dimasak di tempat simpanan ayam, daging dan ikan mentah.

"Sedih apabila suami langsung tak peka pasal urusan rumah. Makanan bayi yang aku susah-payah buat sambil dukung anak yang tengah melalak tu, boleh pula dia letak kat tempat ayam, daging dan ikan mentah.

"Mana logiknya simpan makanan dah masak bercampur dengan bahan mentah, apatah lagi untuk bayi," luahnya di Threads.

Adunya lagi, dia sudah mengasingkan tempat simpanan makanan anak daripada bahan mentah di dalam peti sejuk beku.

  • Wanita terkilan suami menyimpan makanan bayi yang sudah dimasak di ruang bahan mentah.
  • Dia menyiapkan makanan dalam keadaan kelam-kabut sambil mendukung anak yang menangis.
  • Makanan bayi dan lauk mentah sudah diasingkan di bahagian berbeza dalam peti sejuk beku.
  • Dia kecewa suami seolah-olah tidak mengambil tahu rutin penjagaan anak dan urusan rumah.
  • Netizen berkongsi pengalaman serta menyarankan kemungkinan suami tidak tahu susunan tersebut.

Malah katanya, makanan bayi akan diletakkan di bahagian kanan paling atas, manakala lauk mentah disimpan di bahagian kiri paling bawah.

"Dia tak nampak ke setiap kali aku nak bagi anak makan, aku ambil makanan bayi tu dari peti sejuk sebelah kanan," luahnya geram.

Baginya, sikap dan tingkah laku suaminya seolah-olah menggambarkan lelaki itu kurang mengambil tahu mengenai urusan di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pemalas, kaki phone ada hati desak tambah anak! Isteri tak setuju diugut kahwin dua, guna modal tak dapat layanan batin

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pemalas, pengotor cuma akan mandi jika bersama isteri! Gosok gigi seminggu sekali, tak cuci rambut

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya memberi kata-kata nasihat termasuk berkongsi situasi meletakkan makanan bayi bercampur dengan bahan mentah.

"Tak apa kak, bayi masih sihat dan makanan tu tetap boleh dimakan. Untuk kami yang ada peti sejuk beku kecil ni, memang main campur saja.

"Saya letak bercampur sebab bekasnya bertutup rapat. Lagipun dalam bahagian sejuk beku, kuman tak boleh hidup.

"Mungkin suami memang tak tahu dan ingat perkara tu biasa, tapi sekurang-kurangnya dia masih cuba nak bantu uruskan kerja rumah," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain